Kementerian Belia Dan Sukan National Sports Council Malaysia
Asean Cycling Association Union Cycliste Internationale

Malaysian National Cycling Federation
No. 3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota,
75000 Melaka, MALAYSIA

Sumber: Berita Harian Online 8 Mac 2019

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman kecewa dengan sikap sebahagian persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang tidak memberikan komitmen serta gagal mentadbir persatuan masing-masing dengan baik.

Lebih mengejutkan, 11 daripada 35 persatuan sukan kebangsaan yang sepatutnya menjalani Penilaian Penarafan Bintang oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) tahun lalu tidak dapat dinilai dan pelbagai alasan diberikan pihak pengurusan persatuan.

Zaiton berkata penilaian setiap dua tahun itu sepatutnya dijalankan pada tahun 2017 namun ia ditunda bagi memberi laluan kepada NSA menumpukan persediaan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Menurutnya, PPS memberi tempoh dari Mac hingga hujung tahun lalu bagi persatuan-persatuan ini menetapkan masa supaya proses penilaian boleh dijalankan.

"Saya sedihlah ada persatuan yang tak boleh bagi komitmen, sepatutnya semua persatuan memandang serius apa yang pihak kita lakukan. Penarafan bintang ini untuk kebaikan mereka juga bagi penambahbaikan,” kata Zaiton.

"Kita tak mengenakan tindakan tetapi kita akan memberikan salinan penilaian ini kepada Majlis Sukan Negara (MSN) supaya mereka boleh menjadikan garis panduan bagi pemberian geran peruntukan pada masa akan datang."

Menurut Zaiton, 11 persatuan yang tidak dinilai itu memberikan pelbagai alasan termasuklah ada yang memberi alasan tentang pejabat yang diubahsuai, tidak berada di pejabat kerana ke kejohanan luar negara dan pelbagai lagi.

"Alasan yang diberikan tak sama cuma pada tahun 2015 semua persatuan sukan kebangsaan memberikan kerjasama. Berbanding kali ini banyak yang kita nampak kurang bagi komitmen," katanya.

11 persatuan sukan yang tidak dinilai adalah Persatuan Triatlon Malaysia, Persekutuan Petanque Malaysia, Persatuan Kanu Malaysia, Persatuan Mendayung Malaysia, Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Persatuan Bola Tampar Malaysia, Persatuan Renang Amatur Malaysia, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia, Persatuan Bola Keranjang Malaysia dan Persekutuan Lawan Pedang Malaysia.

Mengenai tindakan PPS terhadap persatuan sukan yang mempamer prestasi kurang memuaskan (di bawah tiga bintang), Zaiton berkata pihaknya mengeluarkan surat teguran tentang kelemahan yang ada serta menawarkan untuk kursus kepada persatuan yang ingin membaiki pengurusan mereka.

Zaiton berkata antara persatuan sukan kebangsaan yang memperoleh tiga bintang ke bawah adalah Persekutuan Ski Air & Wake Board Malaysia, Persatuan Bola Jaring Malaysia, Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Persekutuan Judo Malaysia, Persekutuan Tinju Malaysia, Persatuan Floorball Malaysia dan Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Menerusi Penilaian Penarafan Bintang 2018, sebanyak enam persatuan sukan yang memperoleh penilaian lima bintang - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Persatuan Pelayaran Malaysia sementara 11 persatuan lagi memperoleh empat bintang. Untuk rekod, hanya tiga persatuan - FAM, BAM dan SRAM yang memperoleh lima bintang pada tahun 2015.

 

MNCF AGM 2015


Asian MTB 2015


MNCF Profile


3rd ACC Para-Cycling Championship 2014


Road Report Asia Race 2012


ACC 2012 - Kuala Lumpur


ACC2012 - Road Report

Licence Application For 2019
Starting from 1st December 2018, licence application for 2019 can be made ONLINE through MNCF website (APPLY LICENCE 2019).
Licence for 'Cycling For All' category will no longer be issued starting from 2019 and riders are advised to apply 'Incividual Licence'.

If having difficulty, please email your application, photo & identity copy to uci.license.mas@gmail.com

Licence category Individual – RM 80
Licence category affiliate – RM 60
*Licence process will take 2 weeks after received
*Please refer to state cycling secretary for endorsement here.

APPLY LICENCE 2019

Permohonan Lesen 2019
Mulai 1 Disember 2018, permohonan lesen bagi tahun 2019 boleh dibuat secara ATAS TALIAN di laman web PKBM (APPLY LICENCE 2019).
Lesen bagi kategori 'Cycling For All' tidak akan dikeluarkan mulai tahun 2019 dan pelumba digalakkan untuk memohon 'Lesen Individu'.

© 2007-2019 Malaysian National Cycling Federation