Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dan pelumba pecut wanita, Nurul Izzah Izzati Asri,
tidak berdepan masalah untuk mendominasi kategori elit Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan 2024.
Kedua-duanya tampak tidak perlu mengerah kemuncak kudrat mereka untuk meraih kemenangan di Velodrom Nilai itu, hari ini.
Bersandarkan mentaliti juara, The Pocketrocketman tidak berdepan masalah untuk menjuarai acara pecut akhir lelaki elit.
Biarpun hanya menggunakan gear biasa, namun Azizulhasni tetap membuktikan bahawa kayuhannya masih sukar digugat
dengan catatan 10.464 saat dalam perlumbaan pertama dan 10.243s dalam perlumbaan kedua.